Kubur Anak Diceroboh


Satu rakaman video ini yang kejadiannya berlaku di Medan, wilayah Sumatera Utara menunjukkan seorang ibu menangis melihat kubur anaknya rosak akibat diceroboh.


Kejadian berlaku sekitar pukul 6.45 pagi (waktu tempatan) di Tanah Perkuburan Pinang Baris pada 25 Oktober lalu. 

Wanita itu menziarahi kubur bersama suaminya. Dia menangis teresak-esak selepas mendapati batu nisan pada kubur tersebut dicabut dan  pecah. 

“Saya dan isteri menziarah kubur anak kami tetapi yang kami jumpa adalah batu nisan terpisah dan pecah."

“Padahal, kubur arwah berada dalam keadaan baik pada malam sebelumnya,” tambah si suami. 

Sudah meninggal dunia pun masih diganggu, memang tidak ada akal.

0/kiriman komen