Mengamuk Mahu Buka Pintu Pesawat


Seorang penumpang cuba membuka pintu kecemasan semasa penerbangan Korean Air KE658 berada di udara.

Kejadian berlaku di dalam pesawat jenis Airbus A330-300 yang sedang menuju ke Seoul, Korea Selatan dari Bangkok, Thailand. 

Menerusi rakaman video ini , penumpang lelaki itu dilihat memusingkan pemegang pintu secara berulang kali sebelum dia dikepung oleh beberapa kru penerbangan. 

Bahkan, dia sempat melakukan kekerasan dengan memukul salah seorang pramugari yang cuba menghalangnya. 


Menurut syarikat Korean Air, penumpang itu mengamuk selepas diminta untuk kembali ke tempat duduk asal.

“Selepas kru penerbangan meminta lelaki tersebut untuk kembali ke tempat duduknya, dia menunjukkan tindakan agresif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan pergerakan yang mengancam nyawa,” tambah syarikat itu. 

Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, manakala penumpang berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. 
 

0/kiriman komen