Sebatang paip pecah menghamburkan air sisa kumbahan setinggi bangunan 10 tingkat di pinggir bandar Moscow.
Rakaman video ini menunjukkan ‘air pancut’ berwarna keruh keluar dari paip yang terletak bersebelahan dengan sebuah tapak pembinaan di daerah Novaya Moskva.
Ia kemudian menghujani beberapa buah kereta dan bangunan berhampiran.
Seorang pengulas pro-Ukraine dan bekas penasihat Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko yang berkongsi video ini di media sosial secara berseloroh menggelar kejadian tersebut sebagai pertunjukan menjijikkan.
Kejadian itu berkemungkinan berpunca daripada air bertekanan tinggi.
Menurut laporan saluran Watch Out, Moscow berkata: “Gazprom (syarikat tenaga Russia) memberitahu kami bahawa ia adalah cara udara dibersihkan untuk bahagian baharu saluran paip gas. Keadaannya normal dan dipantau oleh pakar.”
Kru-kru pembersihan dilaporkan berada di lokasi kejadian untuk membersihkan air najis itu.
Catat Ulasan