Seekor kucing ‘oyen’ yang terperangkap dalam banjir di Kelantan berjaya diselamatkan oleh sukarelawan.
Menerusi video ini, kucing itu dilihat sedang berpaut sedaya upaya pada tingkap sebuah rumah yang dinaiki air paras tingkap tersebut.
Lebih menyayat hati, kucing berwarna oren itu dilihat menggeletar kerana ketakutan dan mukanya begitu sayu, berharap ada yang menyelamatkannya.
Bot yang dinaiki beberapa sukarelawan itu bergerak ke arahnya dan salah seorang dari mereka bertindak pantas memegang kedua belah kaki kucing itu untuk mengeluarkannnya dari rumah tersebut.
Hantaran ini telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial yang turut bersimpati ke atas keadaan kucing tersebut yang terperangkap dalam keadaan banjir.
Kesian dia. Dah berapa lama tergantung dekat situ. Entah-entah dah dua tiga hari.
Nampak sedih sangat muka ‘oyen’ tu. Mesti dia berharap sangat ada orang tolong dia. Nasib lah, kalian tolong. Kalau tak, mesti kesejukkan dan kelaparan dia dekat situ.
Orang ramai dinasihati untuk tidak meninggalkan haiwan peliharaan masing-masing.
Catat Ulasan