Tukar Tayar Di Laluan Kanan


Seorang lelaki mencetuskan situasi bahaya apabila berhenti di lorong kanan lebuh raya untuk menukar tayar pancit, memaksa pengguna jalan raya mengelak secara mengejut.

Menerusi video ini ,pemilik dashcam dilihat sedang memandu di lorong kanan sebelum tiba-tiba berpindah ke lorong kiri untuk mengelak sebuah kereta yang membrek secara mengejut di hadapan.


Setelah melepasi kereta tersebut, terdapat sebuah Perodua Viva berwarna putih yang berhenti di tengah lorong kanan untuk menukar tayar.

Pemilik kenderaan tersebut dilihat melambai-lambai tangan sebagai amaran kepada pemandu lain, namun tindakan itu tetap berisiko tinggi kerana lorong kanan merupakan lorong memecut.

Situasi ini bukan sahaja membahayakan dirinya, tetapi juga pengguna jalan raya lain yang terpaksa mengubah haluan secara tiba-tiba untuk mengelak kemalangan.

Lane paling kiri tu pun dah ada ‘signboard’ kerja dihadapan. Kau terus je la berhenti belakang ‘signboard’ tu. Kan lagi selamat. Memang betul-betul menyusahkan orang lain lah macam ni.

Bahaya. Silap silap bukan tukar tayar je, tukar alam sekali.

Kenapa lah kau tak pandu perlahan-lahan ke tepi jalan.
 

0/kiriman komen