Hujan lebat sejak dalam tempoh beberapa jam menyebabkan kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 mengalami banjir kilat petang semalam.
Ekoran hujan berkenaan juga terdapat beberapa kenderaan ditenggelami air.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.50 petang itu susulan hujan lebat.
Jelasnya, situasi berkenaan berada dalam keadaan terkawal dan air banjir dilaporkan telah surut.
“Penduduk dinasihatkan agar memastikan kenderaan diletakkan di kawasan selamat dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini,” katanya.
Catat Ulasan