Belalai Air Hampiri Bot


Detik cemas apabila fenomana belalai air (waterspout) menghampiri sebuah bot di tengah laut.

Kejadian berlaku sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) di Pantai Utara Jawa, Lamongan, dalam wilayah Jawa Timur. 

Menerusi video ini menunjukkan pusaran angin yang melanda tidak jauh dari daratan dan orang ramai. 


Ada antara mereka melarikan diri sambil menjerit ketakutan. 

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD), Joko Raharto berkata, tiada mangsa yang terkorban. 

“Nelayan juga tidak turun ke laut disebabkan cuaca buruk,” tambahnya. 


 

0/kiriman komen