Keadaan banjir di Rantau Panjang, Kelantan, semakin membimbangkan apabila kebanyakan rumah hanya kelihatan bumbung akibat paras air semakin meningkat.
Rumah-rumah banyak yang hanya kelihatan bumbung saja. Ada juga yang tenggelam sepenuhnya. Keadaan sangat teruk.
Kalau rumah dua tingkat, bahagian bawah memang sudah dipenuhi air. Mereka hanya sempat selamatkan barang-barang penting ke bahagian atas.
Setakat ini, paras air di kawasan Rantau Panjang masih belum menunjukkan tanda-tanda surut sejak semalam.
Menurut data terkini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 287 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka, melibatkan 10 daerah di Kelantan. Seramai 90,330 mangsa daripada 28,001 keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS berdekatan.
Orang ramai dinasihatkan agar terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk keselamatan diri dan keluarga.
Catat Ulasan