Perbuatan seorang wanita yang meminta penghutang untuk melangsaikan hutang dengan menggunakan mikrofon di sebuah kafe di Indonesia mengundang perhatian orang ramai.
Kejadian berlaku di Kota Cilegon dalam wilayah Banten.
Menerusi video ini memaparkan seorang wanita tampil ke hadapan sebelum diberikan mikrofon olah pengacara majlis.
Orang ramai mula bertepuk tangan kerana menganggap wanita itu akan menyanyikan sebuah lagu.
Dia bagaimanapun membuat pengumuman khas kepada salah seorang pelanggan yang berhutang sebanyak 400 juta rupiah (RM111,597).
“Ini adalah persembahan untuk orang yang duduk di meja itu, tolong langsaikan hutang 400 juta rupiah. Kamu tidak tahu malu? Gaya seperti orang elit tetapi sebenarnya liat?” kata wanita itu.
Kalau saya, saya memang malu sekiranya ditegur seperti itu.
Catat Ulasan