Juruterbang Mas Tunjuk ‘Skill’

 
Kecekapan juruterbang Malaysia Airlines tidak boleh disangkal lagi apabila kemahiran salah seorang daripada mereka terus mendapat pujian orang ramai.

Pujian tersebut diperoleh daripada masyarakat dunia selepas klip video memaparkan sebuah pesawat Airbus A350-900 baharu membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London tular di media sosial.


Lebih membanggakan, juruterbang yang mengendalikan pesawat jumbo itu berjaya mengimbangi pesawat tersebut ketika menghadapi keadaan ribut serta angin kencang sewaktu mendarat di lapangan terbang terkenal itu.

Terbaik pilot MH (Malaysia Airlines) selamba saja dia mendarat dalam keadaan cuaca macam tu.

Untuk rekod, kejadian itu bukan pertama kali membabitkan juruterbang MAS, malah sebelum ini beberapa klip video memaparkan kemahiran juruterbang Malaysia Airlines mengendalikan pesawat besar ketika cuaca buruk termasuk angin lentang di beberapa lapangan terbang pernah tular sebelum ini.

 

0/kiriman komen