Seorang pengguna jalan raya memberanikan diri untuk memberhentikan sebuah lori dengan keadaan tayarnya hampir tercabut ketika memandu di lebuh raya.
Menerusi video ini, lelaki itu menunjukkan sebiji daripada tayar lori tersebut hanya tinggal satu skru dan boleh tercabut bila-bila masa.
“Aku tahan satu lori ini suruh dia berhenti. Kau tengok tayar dia dah gelong skru banyak tercabut dan cuma ada satu sahaja."
“Bahaya, ini kalau aku tak tahan banyak nyawa boleh melayang,” katanya.
Orang ramai memuji dan berterima kasih atas tindakan berani Rulamrul Advabsado menahan lori tersebut untuk menyelamatkan pengguna jalan raya.
Terima kasih bang, ‘makan nyawa’ tayar tu kalau kena kereta memang hancur.
Sebelum ini di laporkan tujuh termasuk lima sekeluarga maut manakala 33 cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, treler, lori, kereta Perodua Bezza dan kenderaan pelbagai guna Toyota Estima di Alor Gajah, Melaka.
Siasatan awal mendapati bas persiaran itu terlanggar tayar lori yang berada di lorong tengah menyebabkan ia hilang kawalan sebelum
terbabas ke laluan bertentangan.
Bas itu kemudian bertembung dengan tiga kenderaan hingga menyebabkan lima mangsa dalam Toyota Estima serta seorang pemandu bas dan penumpang bas meninggal dunia.
Catat Ulasan