Ramai Minta Dihina


Selepas tular insiden seorang peniaga teh ais, Pak Sun, dihina di majlis ilmu, semakin ramai peniaga teh ais lain mencuba nasib.

Menerusi video ini, kelihatan sejumlah besar peniaga teh ais hadir ke sebuah majlis ilmu, membawa jualan masing-masing.


Situasi itu menyebabkan keadaan sedikit sesak, dengan kebanyakan peniaga meletakkan barangan jualan di atas kepala, meniru gaya yang dilakukan oleh Pak Sun.

Peniaga-peniaga teh ais ini berharap agar mereka dihina bagi mendapatkan sumbangan seperti Pak Sun.

Jalan hidup setiap orang berbeza-beza. Pelik dan kelakar bila ramai orang yang tiba-tiba jadi peniaga teh ais, berharap dihina untuk meraih rezeki yang sama.

Tidak perlu dihina pencari rezeki. Kita semua mohon reda Allah. Semoga dimurahkan rezeki mereka semua.

Semoga dipermudahkan urusan semua pencari rezeki. Tetapi jangan ada lagi orang seperti Pak Sun itu, cukuplah cuma satu,.
 

0/kiriman komen