Sup Keting Lembu Pakej Bulu


Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila hidangan sup yang diterimanya disertakan dengan keting lembu yang masih berbulu.

Menerusi video ini, kelihatan keting lembu dalam hidangan tersebut masih terdapat bulu pada bahagian tertentu.

“Bila tanya peniaga, peniaga jawab keting memang datang berbulu seperti itu,” katanya.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial, dengan ada yang turut berkongsi pengalaman serupa.


Seorang kawan  pernah beli urat keting masa bulan puasa dulu, RM15 sebungkus. Tapi bila balik nak makan, setongkol keting itu penuh dengan bulu macam tidak cuci. Berbuka air jagung sahaja la kawan tu hari tu.

Keting memang berbulu, tapi yang mak kawan  saya jual, dia beli dan bersihkan dulu sebelum rebus dan buat sup. Kalau macam ini, nak makan pun tiada selera.

Keting kalau beli yang sejuk beku memang melekat bulu, sebab saya pernah beli yang sejuk beku. Peniaga tidak bersihkan betul-betul tu.
 

0/kiriman komen