
Seekor penguin mencuri perhatian pengunjung apabila tergelincir dari gelongsor dan jatuh ke dalam kolam di sebuah zoo.
Menerusi video ini, penguin itu dilihat berjalan perlahan menuruni gelongsor yang terletak di atas sebuah kolam.
Dia berhenti seketika di hujung gelongsor sebelum tiba-tiba tergelincir dan jatuh ke dalam kolam yang dipenuhi penguin lain yang sedang asyik berenang.
Gelagat comel penguin tersebut mengundang gelak tawa pengunjung yang menyaksikan kejadian itu.
Baru nak berlagak maco. Ramai awek tengok, sekali tergelincir pula.
Kesian dia malu. Mesti menyelam tak timbul-timbul. .
Catat Ulasan