Benda Boleh Mencarut Buat Apa Patah Balik


Tindakan seorang lelaki yang disyaki memandu melawan arus menjadi tular di media sosial apabila dia dilihat memarahi pemandu lain.

Menurusi video ini, insiden tersebut dipercayai berlaku apabila lelaki berkenaan didakwa keluar dari kenderaannya dan mengetuk cermin kereta seorang pengguna jalan raya lain sambil mengeluarkan kata-kata kesat.


Tindakannya bukan sahaja menyebabkan suasana tegang, malah mencetuskan kesesakan lalu lintas yang panjang apabila kenderaan lain terpaksa berhenti untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.

Rata-rata netizen menasihatkan agar mana-mana pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan di jalan raya perlu bersikap lebih berhemah dan meminta maaf dengan baik.

Jika salah jalan, turun minta maaf dan minta beri laluan. Mesti pengguna lain boleh bagi laluan bila cakap baik-baik.

Sudah salah dan angkat tangan minta maaf mesti selesai, tapi itulah sebaliknya.

Tidak kira bangsa atau jantina. Tapi susah nak minta maaf kalau salah. Lagi nak marah dan perli.

 

0/kiriman komen