Buaya Tembaga ‘Main Ombak’


Seekor buaya tembaga  yang ‘bermain ombak’ mengejutkan seorang wanita ketika dia mengunjungi Pantai Coonarr di Australia.

Jasmine Van Den Bos terpegun melihat buaya itu ‘seolah-olah bermain dengan ombak’ ketika membawa anjingnya keluar bersiar-siar, baru-baru ini.

“Saya panik. Sukar saya untuk mempercayainya,” kata Jasmine.


Reptilia itu berada kira-kira 200 kilometer ke selatan Sungai Boyne, Gladstone iaitu tempat habitat buaya air masin. 

Jasmine  yang kerap kali berkunjung ke pantai berkata, kehadiran buaya itu bermakna dia akan berhenti berenang di lokasi tersebut buat sementara waktu.

Jabatan Alam Sekitar, Pelancongan, Sains dan Inovasi Queensland dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menyiasat penemuan buaya yang dilaporkan itu.
 

0/kiriman komen