Caj parkir melebihi RM2,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hingga mengejutkan orang ramai.
Menerusi video ini memaparkan seorang individu memasukkan nombor pendaftaran keretanya di kios parkir KLIA sebelum terkejut melihat caj parkir dikenakan sebanyak RM2,084.
Caj `luar biasa' itu dikenakan selepas individu terbabit meninggalkan kenderaannya di parkir KLIA selama 13 hari.
Tak sangka caj parkir sahaja sampai lebih RM2,000! Memang luar biasa mahal.
Caj parkir di lapangan terbang sememangnya diketahui lebih mahal berbanding lokasi lain, namun jumlah itu tetap membuatkan ramai terkejut.
RM2,000 untuk 13 hari? Hotel lima bintang pun tak semahal ini.
Ada sesiapa yang boleh menawarkan diri menjadi pemandu peribadi separuh masa dengan bayaran yang sama.Dia akan jaga kereta, cuci, bawa beg, dan belanja makan sekali.🤣🤣🤣🤣🤣
Insiden itu membuka mata ramai mengenai kos tinggi ketika menggunakan perkhidmatan parkir di lapangan terbang.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna disarankan mempertimbangkan pilihan lain seperti perkhidmatan e-hailing atau parkir alternatif untuk mengelakkan menerima kejutan sama.
Catat Ulasan