Penumpang feri di Jeti Langkawi kecewa apabila terpaksa menunggu berjam-jam lamanya akibat kelewatan perjalanan.
Menerusi video ini, mereka terpaksa menunggu selama enam jam apabila perjalanan feri yang dijadualkan pada pukul 2 petang ditunda ke pukul 4 petang, kemudian sekali lagi ke pukul 5.50 petang.
Bagaimanapun, akhirnya perjalanan dibatalkan sekitar pukul 7 malam.
Mereka bagitahu tak dapat pelepasan dari pihak laut. Masalahnya, ada yang cakap dari pukul 11 pagi sudah ada masalahm tapi tak ada beritahu apa-apa dekat penumpang.
Kelihatan orang ramai mengerumuni kaunter tiket sambil bertekak bagi mendapatkan penyelesaian berhubung masalah yang berlaku.
Jika berlaku kelewatan atau pembatalan feri, boleh tak pihak feri sediakan tempat bermalam dan makan minum? Feri seterusnya, utamakan yang ni dulu. Selesaikan elok-elok.
Pengurusan punya angkara, kaunter tiket jadi mangsa. Orang kaunter pun telefon lah pengurusan atau wakil operasi ke untuk terangkan keadaan sebenar.
Catat Ulasan