Sebuah Perodua Kancil yang digunakan untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan meraih perhatian kerana ia tidak mempunyai cermin depan, pintu belakang dan juga bampar hadapan.
Menerusi video ini, kenderaan tersebut dilaporkan masih berfungsi dengan baik meskipun dalam keadaan serba kekurangan.
Penghantar makanan macam ini tidak perlu risau, tidak sempat lapar pelanggan kita.
Elok betul kereta ini. Cermin depan langsung tiada. Apa yang penting, bahagian pemandu ada cermin. Pintu memang tiada jual di kedai, kena ikat betul-betul dulu takut debu masuk pada pemandu.
Inilah orang panggil ‘Tricil’ (Triton + Kancil). Memang luar biasa. Tapi pastikan ‘wiper’ itu diikat, takut nanti rosak pula.
Kalau begini, pelanggan baru buat pesanan, belum sempat bayar, sudah sampai depan rumah.
Catat Ulasan