
Beribu-ribu ikan naik ke daratan di sebuah pantai di Kepulauan Riau, Indonesia.
Kejadian aneh itu berlaku di Pantai Sisi, wilayah Natuna baru-baru ini.
Menerusi video ini memaparkan beribu-ribu ikan selar melompat keluar dari permukaan laut secara tiba-tiba.
Penduduk tempatan pula berkumpul di kawasan pantai untuk menangkap ikan-ikan tersebut dengan tangan kosong.
Ketua Jabatan Perikanan Natuna, Hadi Suryanto berkata, fenomena itu dipercayai berlaku disebabkan perubahan suhu air laut.
Ini adalah petanda buruk. Semoga tiada bencana yang terjadi di bawah laut.
Catat Ulasan