Langgar Pagar Sampai Runtuh


Seorang lelaki kesal apabila pagar batu di rumahnya runtuh dipercayai dilanggar oleh pemandu Perodua Alza yang dikatakan melarikan diri, dalam kejadian di sebuah perumahan di Chengal Lempong, Kuantan, Pahang.

“Pemandu Alza ni semasa ‘reverse’ melanggar pagar rumah saya. Dia lari macam itu saja sebab saya tak ada di rumah masa ni."

“Jika dia tahu bersalah, baik segera jumpa saya. Saya ada saja di rumah atau tinggal nombor telefon, saya akan hubungi,” katanya.

Menurutnya Alza langgar pagar rumahnya dirakam oleh jirannya tapi tak nampak jelas nombor pendaftaran. Beliau berharap pemandu berkenaan datang segera jumpanya untuk selesaikan pagar runtuh dilanggar.


Saya rasa kalau dia datang minta maaf dan bincang elok-elok mungkin tuan rumah berkenaan akan permudah urusan dia. Bila lari menunjukkan kita ni tak tahu hukum hakam walaupun kita ni seorang Islam. Benda ni bukan setakat waktu kita hidup saja, akan sampai ke alam sana nanti. Jadi fikir-fikirkan lah.


 

0/kiriman komen