Biarpun ombak kuat, sebahagian pengunjung di Terengganu masih tetap bermain air laut, malah sengaja menunggu ombak membadai mereka ketika Monsun Timur Laut melanda negeri itu.
Menerusi video ini, kelihatan ramai orang berdiri di seberang jalan menghadap sebuah pantai di Seberang Takir ketika ombak kuat melambung ke arah mereka.
Bukan itu sahaja, kelihatan beberapa kenderaan yang lalu di jalan itu turut sama dibasahi air laut, dengan pemandu dan penumpang terkejut melihat ombak besar yang melimpah ke jalan raya.
Satu aku tak faham. Tahu dah ombak kuat tapi kenapa masih nak tengok dekat-dekat macam tu? Tak fikir nak lari dulu. Kalau saya terfikir ombak tu makin kuat, tarik semua yang berdiri tepi jalan tu, tak sempat nak lari dah,
Buat apa lah bawa anak-anak kecil. Macam pesta pula. Kan tu ombak besar, bahaya sungguh.
Catat Ulasan