Pengemis Mengaku Ada Kereta


Perbuatan seorang pengemis yang mengamuk di sebuah klinik selepas tidak diberikan wang sedekah mengundang kecaman orang ramai.

Kejadian berlaku di Jakarta Barat, Indonesia, baru-baru ini. 

Rakaman video ini  memaparkan lelaki itu menghina dan menengking beberapa pekerja klinik.Meskipun dihina, mereka kekal tenang dan memintanya keluar dari klinik berkenaan. 


Lebih memburukkan keadaan apabila lelaki itu meludah ke arah perakam kerana enggan keluar daripada klinik. 

Bahkan, dia sempat mengakui memiliki kereta sendiri dan memperoleh 300,000 rupiah (RM82) sehari daripada mengemis. 

Jangan bagi wang, bagi ubat...🤣🤣🤣🤣🤣

0/kiriman komen