Perodua Axia ‘Balik Kampung’ Naik Bot


Sebuah kereta Perodua Axia tular di media sosial apabila pemiliknya membawa pulang kenderaan tersebut dengan menaiki bot untuk ke kampungnya di Mulu, Sarawak.

Menerusi video ini, proses mengangkat kereta ke bot ditambah perjalanan menaiki bot pulang dari jeti Marudi ke Mulu, Sarawak mengambil masa kira-kira enam jam.


Perjalanan mengangkat dan membawa kereta balik ke kampung mengambil masa lebih kurang enam jam dari jeti Marudi ke Mulu Sarawak. Untuk menjawab segala persoalan, di Mulu tiada stesen minyak, bengkel pun ‘repair’ (baiki) sendiri.

“Axia ni telah berkhidmat selama tujuh tahun bersama saya di Kuching, habis bayar sudah. Sekarang berkhidmat untuk orang tua saya pula di kampung,” katanya individu berkenaan.

Dia berkata, Mulu merupakan tempat pelancongan dan warisan dunia, malah keluarganya turut menyediakan khidmat mengangkut barangan berat seperti kenderaan dan sebagainya selain pakej pelancongan di sana.

 

0/kiriman komen