Pesawat Berlanggar Dengan Helikopter


Sebuah jet penumpang bertembung di udara dengan sebuah helikopter di kawasan Sungai Potomac, berhampiran Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan, Washington.

Pesawat tersebut dikenal pasti milik perkhidmatan PSA Airlines (Penerbangan 5342) yang beroperasi untuk syarikat penerbangan American Airlines.


Ia terbang dari bandar Wichita di Kansas.Polis tempatan berkata bahawa operasi mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai agensi sedang dijalankan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan berkata, ia sedang mengumpul lebih banyak maklumat mengenai insiden itu.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata bahawa jet Bombardier CRJ700 itu berlanggar dengan helikopter Sikorsky H-60 ​​ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang. 

Setakat ini, tidak dinyatakan jumlah penumpang dan kemalangan jiwa
 

0/kiriman komen