
Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan British Airways dipanah petir.
Menerusi video ini menunjukkan pesawat jenis Airbus A350-1041 berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Sao Paulo Guarulhos, Brazil pada Jumaat lalu.
Seorang penumpang, Bernhard Warr yang menunggu untuk menaiki penerbangan tersebut, pada awalnya mahu merakam gambar pesawat berlatarbelakangkan langit gelap serta guruh berdentum.
“Saya bernasib baik kerana petir menyambar betul-betul di hadapan saya,” katanya.
Pesawat itu berada di pintu pelepasan dengan sekurang-kurangnya seorang kakitangan lapangan terbang berdiri di sebelahnya.
Secara tiba-tiba, petir muncul dari langit dan menyambar ekor pesawat terbabit.
Berikutan kejadian itu, pesawat berkenaan perlu menjalani pemeriksaan keselamatan dan penerbangan Warr ditunda selama enam jam.
Catat Ulasan