
Fenomena rakyat tempatan bercuti ke Thailand semakin menjadi-jadi apabila ratusan kenderaan bersesak di sempadan kedua-dua negara awal pagi tadi.
Menerusi video ini, kelihatan deretan kenderaan sedang menunggu giliran untuk memasuki Thailand.
Klip video ini dirakam di pintu masuk sempadan di Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 4.30 pagi.
Panjang sangat, kereta pertama sampai situ jam 11.59 semalam dia dah mula beratur.
Difahamkan, kebanyakan mereka mengambil kesempatan sempena cuti sambutan Tahun Baharu Cina untuk ke negara jiran.
Ada netizen berkata , mereka terpaksa bersesak lebih empat jam sebelum berjaya melepasi pintu sempadan.
Catat Ulasan