Seorang penghantar makanan muncul ‘hero’ apabila sanggup mengawal lalu lintas dalam keadaan hujan ketika lampu isyarat rosak di kawasan Setia Indah, Johor Bahru.
Menerusi video ini, lelaki itu dilihat berdiri di tengah jalan membantu mengawal aliran trafik yang sesak akibat lampu isyarat rosak.
Kesesakan teruk dari Taman Daya menuju ke Eco Palladium telah menyebabkan ramai pemandu terperangkap, namun kehadiran rider itu berjaya mengurangkan masalah.
Kagum nampak dia berdiri di tengah jalan mengawal lalu lintas. Ini kerja pihak lain, tapi dia sanggup korbankan masa untuk bantu orang lain pada waktu puncak.
Dia sanggup berkorban masa untuk orang lain walaupun waktu hujan renyai. Terima kasih, abang Grab! Semoga rezeki abang dilapangkan.
Semua pemandu ikut arahan walaupun dia cuma abang Grab. Tahniah untuk semua yang bertimbang rasa.
Catat Ulasan