
Lima buah kenderaan rosak selepas terlibat dalam satu kemalangan yang didakwa berpunca daripada sebuah Proton Pesona yang melanggar empat lagi kereta parkir di tepi jalan di Kinarut, Sabah.
Menerusi video ini, insiden itu terjadi di tepi jalan berhampiran sebuah kedai makan, di mana dua buah Perodua Myvi, sebuah Perodua Axia, serta sebuah Perodua Bezza didakwa berada dalam keadaan parkir.
Proton Pesona yang dipandu oleh seorang lelaki dikatakan tiba-tiba melanggar kereta-kereta tersebut, menyebabkan kesemua kereta tersorong ke hadapan dan sebuah Perodua Myvi terhumban dan ‘terbang’ akibat impak kuat.
Proton Pesona hitam punya pukulan sampai empat kereta di depan sekali gus sampai ‘terbang’ Myvi itu.
Insiden itu menarik perhatian ramai netizen dengan memberikan pelbagai reaksi serta ada yang meluahkan rasa simpati terhadap pemilik kereta yang terlibat.
Semoga pemilik-pemilik kereta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Axia cakap rindu kat adik-beradik yang lain. Sekali-sekala dapat cium adik-beradik.
Catat Ulasan