
Cuti sekolah ketika ini ditambah dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada Rabu dan Khamis ini turut menyebabkan kesesakan di tempat pelancongan, termasuk Cameron Highlands yang sudah sinonim dengan situasi tersebut.
Menerusi video ini,seorang individu berkongsi video suasana siang di jalan raya Cameron Highlands yang sesak dengan deretan kenderaan.
Cameron Highlands 27/1/2025 1.10 tengah hari, yang kental pasti sampai,” katanya.
Seorang lagi individu berkata dia baru saja pergi sana dan berkata bukan main sesak nak pergi Kea Farm.
“Kami baru saja turun. Sesak tapi sampai Kea Farm, dah okay sebab ada polis jaga jalan,” kata individu lain.
Selain itu, ada juga yang sanggup keluar awal pagi bergerak menuju Cameron Highlands bagi mengelakkan terperangkap akibat kesesakan.
“Saya sampai 8.30 pagi tadi ( 27/1/2025) kat sini. Alhamdulillah ‘clear’ gerak 4.30 pagi dari Kuala Lumpur,” kata seorang lagi individu.
Kaedahnya pergi Cameron Highlands kena pergi hari biasa baru puas hati berjalan tak sesak. Kalau melekat macam ni buang masa atas jalan, penat.
Catat Ulasan