Ambil Ayam Percuma Di Tengah Jalan


Berpuluh-puluh penduduk mengambil ayam hidup secara percuma selepas lori membawa haiwan itu tersangkut akibat banjir.

Kejadian berlaku di Maros, wilayah Sulawesi Selatan baru-baru ini. 

Menerusi video ini menunjukkan orang ramai berpusu-pusu mengambil ayam di tengah jalan. 


Menurut pemandu lori, ayam-ayam itu diberikan secara percuma kerana bimbang akan mati di dalam lori. 

“Saya tidak boleh bergerak kerana jalan yang mahu dilalui ditenggelami air banjir setinggi 50 sentimeter."

“Saya juga tersangkut di sini sejak tengah malam semalam sampai sekarang,” tambahnya. 

 

0/kiriman komen