Buaya Muncul Lagi


Seekor buaya muncul lagi apabila dilihat berkeliaran di Pantai Purnama.

Difahamkan, pantai berkenaan antara lokasi yang paling menjadi tumpuan ramai di daerah ini selain Pantai Teluk Kemang.

Menerusi video ini menunjukkan buaya air masin itu berkeliaran dan berenang di sepanjang pantai berkenaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan ramai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada itu adalah buaya yang sama yang sesat di Pantai Cermin sebelum ini.


Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya mensyaki buaya yang kelihatan dalam video tular ini adalah buaya sama yang ditemukan sebelum ini.

“Bagaimanapun, kami akan mengenal pasti lokasi sebenar penemuan buaya berkenaan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan lanjut diambil,” katanya. 
 

0/kiriman komen