Cahaya Ganjil Muncul


Satu cahaya ganjil lut sinar ditemukan oleh seorang peluncur salji di cerun Resort Skiwelt, Austria.

Sebilangan netizen berkata, cahaya itu  adalah satu keajaiban dan yang lain mendakwa bahawa ia adalah ‘pintu ke dunia lain.’

Namun, terdapat penjelasan mudah bagi merungkai fenomena  itu.


Ia dikenali sebagai submatahari yang merupakan paparan optikal sangat jarang berlaku tetapi cantik.

Fenomena itu berlaku apabila cahaya matahari mengenai hablur-hablur halus ais di atmosfera pada sudut yang tepat untuk mencipta cahaya submatahari. 


 

0/kiriman komen