
Sebuah zoo di China menerima kecaman ramai selepas mempamerkan seekor keldai yang diwarnakan menyerupai kuda belang untuk menarik lebih ramai pengunjung.
Kejadian berlaku di Zoo Bandar Zibo, wilayah Shandong.
Rakaman video ini menunjukkan bulu keldai itu dicat dengan warna hitam dan putih di seluruh badan serta muka.
Menurut pihak pengurusan zoo, haiwan itu terpaksa dicat menjadi kuda belang dalam usaha untuk meningkatkan bilangan pengunjung.
“Pewarna yang digunakan adalah tidak beracun dan tidak mendatangkan bahawa kepada keldai,” kata seorang jurucakap zoo tersebut.
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak beretika.
Ia bukan sahaja tidak adil kepada haiwan, malah pengunjung.
Ini sangat mengelirukan dan tidak bertanggungjawab!.
Catat Ulasan