Gelongsor Tempat Anjing Bermain Telah Disertu


Sebuah taman permainan awam yang didakwa dijadikan sebagai ‘tempat permainan’ anjing baka Husky di Johor Bharu beberapa hari lalu, kini telah disertu pihak berwajib.

Selepas sebuah video tular  memaparkan dua individu kurang prihatin apabila membawa haiwan peliharaan mereka itu bermain di sebuah taman permainan awam.


Pihak berwajib di kawasan tersebut telah melakukan pembersihan wajib atau sertu terhadap satu gelongsor yang telah digunakan oleh anjing Husky terbabit sebelum ini.

Kejadian difahamkan berlaku di sebuah taman perumahan terletak di Johor Bahru menunjukkan pemilik anjing baka Husky itu membawa haiwan peliharaannya menaiki tangga sebelum menuruni gelongsor sambil disambut seorang lagi wanita di bawah.

Perbuatan itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana rata-rata mereka menganggap taman permainan awam seharusnya digunakan sebaiknya.

Itu bukan tempat anjing, itu tempat kanak-kanak bermain. Janganlah salah gunakan.

Tu tempat awam, tolonglah prihatin sedikit. Bukan sahaja taman permainan, tempat-tempat awam lain pun perlu sama-sama ada sikap timbang rasa. Lainlah kalau dekat rumah sendiri.
 

0/kiriman komen