Jerung Gigit ‘Manja’


Seorang wanita berdepan detik cemas apabila jarinya digigit seekor jerung ketika berenang bersama ikan pemangsa itu di Kepulauan Maldives.

Menerusi video ini menunjukkan wanita itu terapung di atas air sambil ditemani kawanan ikan kecil dan jerung. 


Dia kemudian menjerit apabila seekor jerung itu menggigit tiga jarinya. 

Wanita dikenali sebagai Chels berkata, dia terkejut kerana jerung itu dianggap salah satu spesies paling mesra dan tidak berbahaya. 

Mangsa dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut. 

Mujur jari, bukan seluruh tangan.
 

0/kiriman komen