Kenderaan Rosak, Langgar ‘Barang Kereta’ Jatuh


Lebih 14 buah kenderaan dilaporkan rosak dan tersadai di sebuah lebuh raya, kerana terlanggar sebuah objek dari satu bahagian kereta.

Difahamkan kejadian berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi video ini, kejadian itu menyebabkan lebih 14 buah kenderaan rosak dan tersadai di bahagian tepi lebuh raya terbabit.

Lebih kurang 14 buah, tapi tidak pasti betul atau tidak sebab ada dua tiga buah kereta tonto juga berhenti di situ.


Ada juga yang menyifatkan kejadian tersebut berlaku akibat dari kelakuan kianat orang tidak bertanggungjawab.

Tak nak tuduh, tapi biasa kalau tonto laju je sampai, saya rasa itu perbuatan kianat, saya nasihatkan berhati-hati bagi kaum hawa.

Nak cari duit jangan susahkan orang. Rasanya boleh claim dengan konsesi lebuh raya kalau kes macam ni.

0/kiriman komen