Kereta B40 Dia Tak Pandang



Menerusi video ini memaparkan seekor ular tedung selar ditemukan melingkar di bahagian enjin sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard.


Terdapat beberapa anggota bomba cuba menarik keluar reptilia itu menggunakan alatan khas.

Menurut seorang individu, pada awalnya anak saudaranya melihat kelibat ular itu di pekarangan rumah sebelum ia menuju ke bawah kenderaan.

“Anak buah saya main di beranda rumah ternampak, dia kata ular. Abang-abang dan adik yang tengah baiki motosikal depan rumah pergi intai. Tengok ular itu dah masuk bawah kereta separuh, tinggal ekor sahaja. Nasib baik bomba cepat sampai,” katanya.

Tedung selar besarnya,ni kalau  kena patuk pindah alam.Orang kata biasanya ular jenis ini berpasangan. Mungkin masih ada seekor lagi dan masuk ke bahagian tempat duduk. Jaga-jaga.

Sesuailah, nama king cobra, mesti duduk dalam kereta mewah.Ular pun pandai select (pilih), kereta B40 dia tak pandang pun.

0/kiriman komen