
Perbuatan sekumpulan wanita yang menaiki kereta memandu melintasi puluhan sejadah di sebuah masjid di Indonesia mengundang kecaman orang ramai.
Kejadian berlaku sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) di Masjid Nur Ramadhan dekat Palembang, wilayah Sumatera Selatan kelmarin.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) ini memaparkan kereta jenama Honda Mobilio itu melintasi 25 sejadah yang baru dibentangkan di halaman masjid untuk solat Jumaat.
“Kami sempat meletakkan kon trafik di laluan tersebut supaya tidak dilalui oleh kenderaan."
“Bagaimanapun, mereka tetap masuk dan ‘melanggar’ sejadah-sejadah itu,” kata pengurus masjid yang dikenali sebagai David.
Meskipun ditegur secara baik, wanita-wanita itu mengamuk dan memarahi mereka.
“Kami terpaksa menggulung semula 25 sejadah tersebut kerana kotor dan perlu dicuci,” tambahnya.
Catat Ulasan