
Seorang penghantar makanan mengalami detik cemas apabila nyaris dirempuh dalam satu kemalangan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang.
Menerusi rakaman dari kamera papan pemuka sebuah kenderaan menunjukkan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba melanggar sebuah lagi kenderaan di simpang tersebut.
Dalam situasi mendebarkan itu, penunggang motosikal yang dipercayai seorang ‘rider’ Grab sedang berhenti di lampu isyarat dan hampir menjadi mangsa nahas tersebut.
Kejadian itu menarik perhatian ramai, dengan ramai netizen menyifatkan penghantar makanan berkenaan sebagai insan bertuah kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.
Naya, tapi abang Grab umur panjang. Semoga dipermudahkan urusan pemandu kereta yang kena langgar tu.Syukur tak langgar rider Grab. Kalau kena, boleh melayang nyawa! Sudahlah laju.
Kereta tu datang meluru macam kawan dah lama tak jumpa.Bahaya betul.
Catat Ulasan