
Pengunjung Hospital Sultan Idris Shah Serdang berdepan detik cemas apabila sebuah kereta Honda HRV hampir ‘terjun’ dari tingkat dua selepas merempuh dinding parkir bangunan itu, kelmarin.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.22 petang kelmarin.
Tiada sebarang kecederaan berlaku.Orangnya okey, tak apa-apa, cuma kereta yang teruk.
Selanjutnya...
Seorang lelaki iaitu pesakit jantung dikenal pasti sebagai pemandu Honda WRV yang terlibat dalam insiden di tempat letak kereta bertingkat dekat Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang kelmarin.
Pengarah (HSIS) Dr. Farique Rizal Abdul Hamid berkata, pemandu berusia 40 tahun itu mengalami sakit dada secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan ke atas kenderaan dan merempuh dinding parkir berkenaan.
“Impak pelanggaran tersebut menyebabkan tembok dinding tempat letak kereta runtuh dan menimpa sebuah kenderaan lain yang sedang bergerak di jalan utama berhampiran lokasi kejadian,” katanya .
Dr. Farique Rizal berkata, pemandu tersebut bersama tiga penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan.
Tambahnya, kes sedang disiasat lebih lanjut oleh Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.
Catat Ulasan