OKT Lari Dari Mahkamah


Orang kena tuduh (OKT) satu kes kecurian melarikan diri dari sebuah mahkamah di Afrika Selatan dengan berpaut pada struktur bangunan.

Onoshana Thando Sadiki, melarikan diri dari Mahkamah Majistret Jeppe di bandar Johannesburg pada Selasa lalu ketika menghadapi pertuduhan mencuri dan pecah masuk. 


Rakaman video ini menunjukkan dia turun secara perlahan-lahan dari bangunan tiga tingkat itu dengan berpaut pada struktur sebelum melompat ke tanah dan beredar ke kawasan kejiranan berhampiran. 

Orang ramai menggelar insiden dramatik itu mirip aksi lagak ngeri dilakonkan aktor Hollywood terkenal, Tom Cruise.

Bagaimanapun, kebebasan lelaki itu tidak lama apabila dia ditangkap keesokan harinya. 

“Pelaku akan didakwa dalam pendakwaan selanjutnya kerana melarikan diri daripada tahanan yang sah,” kata jurucakap polis Gauteng. 
 

0/kiriman komen