Pekerja Uli Guna Air Karat


Seorang lelaki di India menerima kecaman ramai selepas menguli doh menggunakan air berwarna karat di sebuah restoran.

Menerusi rakaman video ini memaparkan lelaki itu sedang menguli tepung dengan kedua-dua tangannya. 


Doh tersebut bukan sahaja diuli di kawasan yang kotor, malah digaul dengan air berwarna perang menyerupai warna teh. 

Doh ini diuli dengan air kotor dan ini bukan perkara yang baik. Orang ramai datang untuk makan di sini.

Meskipun dimarahi, tukang masak itu hanya mendiamkan diri sebelum beredar. 

Saya sudah faham kenapa  mereka selalu sakit perut.
 

0/kiriman komen