Penyu Naik Ke Pantai


Ratusan ribu penyu spesies Olive Ridley berada di sepanjang sebuah kawasan pantai di India,.

Fenomena itu sebagai ekstravaganza alam semula jadi menurut kata Pegawai Perkhidmatan perhutanan India (IFS), Parveen Kaswan


Parveen berkata: “Ratusan ribu penyu Olive Ridley naik ke pantai  untuk bertelur di India.”

Menerusi video ini  menunjukkan detik mengagumkan itu di Pantai Rushikulya, negeri Odisha.

‘Acara tahunan’ itu dikenali sebagai Arribada, bermula pada 15 Februari dan dijangka berterusan sehingga esok hari seperti disahkan oleh Setiausaha Kumpulan Perlindungan Penyu Laut Rushikulya, Rabindranath Sahu.

Penyu  Olive Ridley mempunyai cangkerang  berwarna hijau buah zaitun dan  berada di bawah kategori terancam. 
 

0/kiriman komen