Pesawat Mendarat Terbalik


Sebuah pesawat ringan milik Akademi Aviasi Indonesia (API) terbalik di sebuah pantai selepas melakukan pendaratan cemas,.

Kejadian berlaku sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) di Pantai Gumuk Kantong,  Banyuwangi, wilayah Jawa Timur. 

Menerusi video ini menunjukkan pesawat jenis  Cessna 172S Skyhawk SP itu terapung dalam keadaan terbalik di atas permukaan air. 

Penduduk tempatan bergegas mengeluarkan dua penumpang yang berada di dalamnya. 


Ketua operasi agensi penyelamat tempatan, Didit Arie Ristandy berkata, pesawat itu terpaksa mendarat cemas selepas kehilangan kuasa akibat masalah enjin.



“Kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan. Mereka dibawa ke klinik API Banyuwangi." 

“Pihak berkuasa akan memindahkan pesawat sebelum diserahkan kepada API,” tambah Didit. 

0/kiriman komen