
Keseronokan sebuah keluarga terserempak dengan seekor gajah di atas jalan bertukar cemas apabila haiwan liar tersebut secara tiba-tiba berlari ke arah kereta yang dinaiki mereka.
Menerusi video ini, kejadian itu berlaku semalam sewaktu mereka sekeluarga melalui jalan di Hulu Perak.
Dalam video tersebut, kedengaran suara keluarga tersebut cemas melihat gajah berkenaan yang berlari ke arah mereka dan kemudian anggota keluarga itu mengundurkan keretanya.
“Aku terkejut wei, seronok sangat nak jumpa gajah, seronok sangat nak jumpa. Aku tak berani wei, dalam kereta ni tak berani."
“Biar pi lah orang nak kata apa. Dekat dah pun. Seronok sangat lah, itu lah aku kata,” kata lelaki yang juga pemandu kereta berkenaan.
Niat nak tengok, ha dia bagi tengok depan-depan.Seronok sangat nak jumpa gajah kan..
Catat Ulasan