
Beribu-ribu ikan naik ke darat di sebuah pantai di Indonesia.
Kejadian berlaku sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) di Pantai Paras Gempal, Banyuwangi dalam wilayah Jawa Barat.
Menerusi video ini menunjukkan sekumpulan penduduk tempatan menangkap ikan-ikan yang melompat keluar dari permukaan laut.
Malah, ada yang meletakkan ikan-ikan itu di dalam bekas atau plastik yang dibawa dari rumah.
Ketua Pejabat Perikanan Banyuwangi, Suryono Bintang Samudra berkata, fenomena aneh itu dipercayai berlaku akibat perubahan musim atau pembiakan alga.
“Ia bukan petanda bencana besar tetapi penduduk dinasihatkan untuk terus berwaspada,” tambah Suryono.
Catat Ulasan