
“Allahuakbar, diberi peluang lagi untuk jumpa sahabat (insan istimewa). Puas pujuk untuk bersihkan diri, makan dan bersiap semula seperti normal.”
Itu perkongsian individu bermurah hati secara sukarela memujuk dan membantu sahabatnya dikenali sebagai Shukor yang kelihatan tidak terurus untuk membersihkan diri serta memberinya makan.
Menerusi video ini, jelas memaparkan dia tidak tidak kekok membantu ‘menyental’ badan serta kaki lelaki itu, memberi pakaian baharu dan membawanya ke kedai gunting rambut.
“Amat sedih apa yang terjadi pada kau dan kehidupan kau. Nescaya kau bukan tak waras dan kau masih waras, cuma nasib serta ujian kita berbeza."
“Semoga kita terus istiqamah, diberkati dalam setiap langkah dalam kehidupan kita. Maafkan aku Shukor, aku tak mampu urus segalanya,” katanya.
Jangan berhenti buat baik wahai orang baik.Setengah orang bila jumpa orang macam saudara kita ni lari, jauhkan diri apatah lagi nak mandi dan sabunkan dia.Syabas tuan.
Catat Ulasan