Tak Jumpa Jalan Keluar


Ini bilik siapa ni, ini bukan setakat ular, abang bomba pun tak jumpa jalan keluar.

Menerusi video ini, sekumpulan anggota bomba dilihat sedang mencari seekor ular dalam sebuah bilik.

Namun, yang menarik perhatian netizen adalah tentang keadaan bilik tersebut yang kelihatan sangat berselerak serta dipenuhi dengan barang.

Ia turut menyaksikan bagaimana kesukaran abang bomba dalam misi mereka mencari ular sehinggakan ada anggota terjatuh akibat daripada melanggar barang.


Bilik tersebut difahamkan adalah sebuah bilik yang dijadikan sebagai stor oleh pemilik rumah.

Patut lah ular masuk, bilik berselerak macam ni. Tengok abang bomba pun susah nak jalan, macamana la mereka nak jumpa ular tu.

Kelakar muka abang bomba, tengok macam pasrah sangat dengan keadaan bilik tu. Tak tahu berapa lama dah ni tak bersih. Bahaya, ular suka bilik kotor macam ni.
 

0/kiriman komen