Tiang Elektrik Bergoyang Kuat Sangat


Penduduk sebuah pekan di Tha Pla, wilayah Uttaradit kehairanan apabila melihat sebatang tiang elektrik bergoyang dengan kuat secara tiba-tiba ketika tiang-tiang lain di sekitarnya tidak menunjukkan sebarang pergerakan.

Menerusi videoini, tiang elektrik itu seolah-olah digoyang dari bawah dengan pergerakannya jelas kelihatan.

Ramai daripada pengguna media sosial cuba membuat tekaan bahawa tiang itu mungkin bergoyang disebabkan gempa bumi atau tekanan air, malah ada yang mengaitkannya dengan aktiviti paranormal.


Pegawai-pegawai loji air berdekatan kemudian dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan mengesahkan bahawa tiada sebarang kejadian gempa bumi ketika itu.

Majlis daerah Tha Pla kemudian menyatakan bahawa tiang itu berkemungkinan bergoyang kerana ditiup angin kuat.

Bagaimanapun, tiada penjelasan rasmi mengenai kejadian itu memandangkan hanya sebatang tiang yang bergoyang ketika kejadian. 
 

0/kiriman komen